"Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk Nya,tidak mengantuk dan tidak tidur.Kepunyaan Nya apa yang ada di langitdan di bumi.Siapakah yang dapat memberisyafaat disisi Allah tanpa izin Nya?Allah mengetahui apa-apa yang di hadapanmereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikendaki Nya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi.Dam Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan allahMaha Tinggi lagi Maha Besar."

tips menjadi pasangan yang baik

Untuk membentuk satu institusi keluarga yang harmoni dan bahagia memerlukan pengorbanan ke dua-dua pihak suami dan isteri. Ianya harus disokong dengan sifat toleransi dan sikap faham memahami antara suami isteri, seterusnya dapat menyediakan satu platform yang kondusif dalam membentuk satu keluarga berjaya.

1) Terima seadanya:
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan korang. Ingat, pasangan yang korang kahwini atau cintai itu adalah pilihan korang sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka:
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan korang. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami korang ketika korang marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama:
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Korang perlu berhati-hati jika korang lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan korang. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda:
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi’. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan:
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu korang cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika korang bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu:
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu:
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

Jaga komitmen antara satu sama lain:
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan korang mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur:
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa korang terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup:
Layanlah pasangan korang seperti mula-mula berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan walaupun sudah lama berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.


p/s: semoga korang semua berjaya membentuk satu institusi keluarga yang berjaya dan bahagia sepanjang hayat...aminnn

Penyakit Kulit Dan Jeragat




  • Sejenis penyakit kulit.
  • Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
    • Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
    • Melasme – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
    • Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
  • Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
  • Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
  • Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.
Kulit
  • Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
  • Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
  • Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
  • Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
  • Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
  • Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
  • Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
  • Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
  • Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
  • Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.
Penjagaan kulit
  • Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
  • Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang.
  • Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
  • Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
  • Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.
P/S : Tidak semua pencuci muka sesuai dengan kulit muka kita. Dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil sesuatu jenis produk kecantikan muka.

Ketahui Cara Mudah Untuk Mendapatkan Kembali Folder Options


Pada kebiasaannya bila anda buka My Computer, akan terdapat menu Tools > Folder Options. Namun jika komputer anda baru sahaja terkena serangan virus, mungkin Folder Options ini akan hilang. Untuk mendapatkannya kembali, anda boleh gunakan Registry Editor ataupun Group Policy Editor. Ikuti salah satu dari mana-mana langkah berikut:
Menggunakan Registry Editor (regedit)
  1.     Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter untuk melancarkan Registry Editor.
  2.     Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
  3.     Cari NoFolderOptions dan tukarkan nilainya kepada 0.
  4.     Restart komputer.
Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)
  1.     Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
  2.     Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\Windows Components\Windows Explorer
  3.     Pada bahagian kanan, double-click pada Remove the Folder Options
  4.     Tetapkan nilainya kepada Not Configured.
  5.     Restart komputer.
P/S : Berhati-hati apabila melakukan sebarang konfigurasi terhadap komputer anda. Apa yang paling penting, lindungi komputer anda dari sebarang serangan virus. Gunakan Antivirus ye!

rawatan kecantikan yang bahaya


Setiap manusia di dunia ini suka akan kecantikan. Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk kelihatan lebih cantik. Tetapi tahukah anda bahawa setiap rawatan kecantikan yang anda lakukan terdapat bahaya disebaliknya? Jangan terlalu obses untuk melakukan rawatan kecantikan sekiranya anda belum tahu mengenai risiko yang mungkin dihadapi.
(1) Manicure and pedicure- Mungkin anda berasa sangat tenang ketika rawatan ini sedang dijalankan. Tetapi anda perlu pastikan bahawa salon yang anda pergi menjaga kebersihan peralatan yang mereka gunakan. Ini kerana, bahagian kuku terutamanya adalah merupakan bahagian yang mudah terkena jangkitan kuman atau bakteria. Sekiranya kebersihan peralatan tidak dititikberatkan, kemungkinan anda akan mengalami masalah kulit, cekam dan sebagainya adalah amat tinggi.
(2) Rawatan resdung- Sekiranya anda pernah melakukan rawatan resdung yang menggunakan segulung kertas dan dibakar pada bahagian atasnya, pastikan orang yang melakukan rawatan tersebut adalah orang yang berpengalaman. Sekiranya ia dilakukan oleh orang yang kurang mahir, dikhuatiri bara pada kertas yang dibakar tadi akan terjatuh pada kulit muka anda dan akan menyebabkannya melecur.
(3) Meluruskan rambut- Rawatan ini adalah merupakan salah satu rawatan paling popular yang ramai orang lakukan. Apabila rambut anda dibakar atau dipanaskan, ia sebenarnya hanya akan lebih merosakkan kesihatan rambut. Sekiranya anda tetap ingin rambut yang lurus, dinasihatkan untuk tidak melakukannya dengan kerap.
(4) Pembuangan atau penyedutan lemak- Rawatan ini biasanya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah kegemukan. Sebelum melakukan rawatan ini, anda perlu terlebih dahulu mengetahui bahaya yang anda hadapi. Cara terbaik untuk mengatasi masalah kegemukan adalah dengan cara semulajadi seperti melakukan senaman dan bukannya dengan melakukan rawatan pembuangan atau penyedutan lemak.
(5) Botox- Suntikan botox adalah berfungsi untuk menegangkan kulit yang mengalami masalah kedutan. Ia merbahaya kerana akan memberikan kesan sampingan pada kulit muka yang akan lebih memburukkan lagi wajah seseorang yang memakainya. Kebiasannya, kulit muka seseorang yang melakukan rawatan ini akan kelihatan terlalu tegang dan akan membuatkan wajah mereka kelihatan lebih pelik berbanding semulajadi.
(6) Pembedahan plastik- Ini juga merupakan trend terbaru untuk masyarakat masa kini. Ramai yang terlalu obses untuk melakukan pembedahan plastik. Tetapi tahukah anda bahawa pembedahan plastik yang gagal adalah lebih banyak berbanding yang berjaya?

dah jnji kan x nk gado2 lagi

penat lah bie kalau asik gado2 je.. i x larat tau x.. mcm x der bende lain nk buat.. asik begado je.. x pena nk faham i. pastuh leh ckp i plak yang x faham u.. i kat sini punye lah bnyk keje kne buat.. tp u x faham jugak.. kate chat ngan org lain lah.. itu lah.. ini lah.... geram betol.. u suke  baut ape yg i x suke,.. dah bnyk kali i ckp kn bie... bie x sayang i eh.. kalau bie sayang i.. bie x kn nk buat i mcm ni kn.. dah jnji kn x nk gado2,.. tp tgok skunk nih mcm mana...

Pengikut

omg omg